SPONSOR

Marhaban ya Ramadhan


RAMADHAN


Dalil Kewajipan BerpuasaBerpuasa dalam bulan Ramadhan ini adalah suatu tuntutan wajib bagi sekalian mukalaf atau penganut Islam. Firman Allah S.W.T di dalam muhkamatu at-tanzil :-

يَأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (سورة البقرة: ١٨٣ )
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu (semua untuk) berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga (dengan berbuat demikian) kamu menjadi golongan orang-orang yang bertawqa.” (Suray al-Baqarah: 183)

Makna Bagi Ibadah PuasaUlama’ mendefinisikan ‘puasa’ sebagai menahan diri dari makan dan minum serta perbuatan-perbuatan yang membatalkan puasa bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari berserta dengan niat (kerana Allah).

Rukun Bagi Ibadah PuasaDaripada makna puasa di atas sebenarnya sekalian mukallaf sudah boleh mengagak rukun-rukun puasa. Rukun-rukun puasa ini sebenarnya tidak dapat tidak wajib dipenuhi demi kesempurnaan ibadah puasa itu sendiri.
Adapun rukun bagi puasa ini terdiri oleh dua. Pertama, berniat berpuasa. Qaul Syafiq membolehkan niat berpuasa itu pada waktu sahur atau setidak-tidaknya malam hari berpuasa untuk hari seterusnya.

Adapun demikian, boleh diniat pada malam pertama berpuasa itu bagi jumlah sebulan berpuasa berdasarkan qaul mazhab lain. Semoga Allah menerima ikhtiyar sekalian mukallaf ini.
Niat berpuasa itu dalam lafaz sedemikian sama ada dalam rupa arab atau melayu; sebagaimana berikut:-

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu di dalam bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah”
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan dalam bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah”

Kedua, menahan diri daripada makan dan minum serta perbuatan-perbuatan yang membatalkan puasa bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Hukum-Hukum Ibadah BerpuasaAsal hukum berpuasa di bulan Ramadhan bagi sekalian mukallaf adalah WAJIB. Adapun demikian, hukum-hukum ini akan berubah menurut perkara-perkara tertentu yang mendatang. Ayat di atas ini merupakan antara nas (hujah) kewajipan berpuasa bagi sekalian mukallaf.
Hukum berpuasa menjadi SUNAT disebabkan di luar bulan Ramadhan. Sebagai contoh,
(1)mukallaf yang berpuasa pada Hari Ashura (10 Muharram setiap tahun Hijriah). Selain itu,
(2)berpuasa di bulan Sya’ban.
(3)Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.
(4)Berpuasa pada hari Arafah. Yang akhir,
(5)berpuasa enam hari pada bulan Syawal (kecuali 1 Syawal).

Hukum berpuasa ini boleh berubah kepada MAKRUH (tidak disukai Allah) apabila seseorang mukallaf itu berpuasa berturut-turutan sepanjang tahun; terutama menjelang bulan Ramadhan yang asalnya hukum berpuasa adalah wajib.
Hukum berpuasa ini juga boleh pergi pada hukum HARAM apabila sekalian mukallaf itu terus (1)berpuasa pada 1 Syawal selepas menempuhi puasa di bulan Ramadhan.
(2)Puasa pada hari ‘Idul Adha (hari raya Haji) yang pertama juga adalah haram. Terakhir,
(3)Berpuasa pada hari Tasyriq atau tiga hari selepas ‘Idul Adha (11, 12 dan 13 Zulhijjah) turut diharamkan berpuasa.

Syarat-Syarat Wajib BerpuasaSyarat wajib berpuasa bagi sekalian mukallaf itu terdiri oleh tiga syarat. Pertama, dikira wajib berpuasa ke atas seseorang mukallaf itu disebabkan beraqal waras. Ini bermakna, orang gila atau sebagainya diangkat taklif kewajipan berpuasa ini.
Kedua, kewajipan berpuasa juga jatuh kepada mereka yang aqil baligh. Kayu ukur pada aqil baligh ini sama ada diukur dengan menempuhi mimpi sehingga keluar air mani atau diukur secara adat umur dalam masyarakat. Ukuran adat dalam masyarakat kita adalah 9 tahun bagi perempuan dan 10 tahun bagi lelaki. Qarinah umur ini boleh dipegang sebagai aras kewajipan berpuasa.

Ketiga, kewajipan berpuasa juga jatuh pada sekalian mukallaf yang kuat atau berkeupayaan untuk melakukan ibadah puasa. Qarinah (keadaan) Yang Membenarkan Tidak Berpuasa atau Membuka PuasaIni bermakna, bagi sekalian mukallaf ini boleh berbuka puasa dalam keadaan (qarinah) tertentu. Pertama, mukallaf (contohnya, ibu tua dll) yang tidak berdaya berpuasa akibat lemah; maka tidak diwajibkan berpuasa atau harus (boleh) berbuka puasa atas hal-hal di atas.
Kedua, Mukallaf yang dalam musafir atau seperjalanan kerana Allah dalam jarak 2 marhalah (sekitar 90 kilometer dan lebih) dibenarkan berbuka puasa (selepas dia sudah berkeadaan puasa).

Ketiga, mukalaf yang berkeadaan sakit atau mudharat kesihatannya. Maka, golongan ini juga dibenarkan berbuka puasa. Perkara ini thabit pada nas al-Quran yang berbunyi:-

أَياَّمًا مَّعْدُودَ ٰتٍ فَمَن كَانَ مِنكُم مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَةٍ مِنْ أَياَّمٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ و فِدْيَةٌ طَعَامٌ مِسْكِينٍ فَمَن تَطَوَّعَ خَيرًا فَهُوَ خَيرُ لَّهُ و وَأَن تَصُومُواْ خَيرُلَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (سورة البقرة: ١٨٤ )
“(Yaitu) dalam hari-hari terentu. Maka sesiapa daripada kalangan kamu yang berada (dalam keadaan) sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka puasa), maka (wajib baginya berpuasa) seberapa banyak hari (wajib berpuasa tersebut) yang ditinggalkan pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang yang menjalankan (bagi mereka yang tiada upaya berpuasa) membayar fidyah, iaitu: memberi makan bagi orang miskin. Barang siapa dengan kerelaan hatinya mengerjakan (memberi makan kepada lebih daripada seorang miskin untuk satu hari), maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 184)

Keempat, golongan ibu yang mengandung atau dalam tempoh menyusu anak; yang jika berpuasa ini dikhuatiri memudharatkan hak si anak atau anak dalam kandungan tersebut. Golongan ini juga dibenarkan berbuka puasa.
Perkara-Perkara Yang Membatalkan PuasaTidak sempurna kefahaman tentang ibadah puasa, kecuali sekalian mukallaf itu patut mengetahui perkara-perkara yang membatalkan ibadah puasa ini. Pengetahuan ini demi mengelakkan para mukallaf terlibat secara sedar.
Kefahaman ini juga manjadi tanda aras atau qarinah bagi sekalian mukallaf itu sama ada masih berada dalam ibadah puasa atau sebaliknya disebabkan qarinah yang datang kemudian.
Pertama, makan atau minum dengan sengaja (atau sedar). Ini bermakna, kealpaan atau terlupa sebenarnya tidak membatalkan puasa. Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa sekalian mukallaf yang bersifat dengan sifat sedemikian.
Kedua, muntah dengan sengaja. Ketiga, persetubuhan oleh suami isteri di siang hari (bulan Ramadhan); walaupun tidak keluar mani, tetap berkududukan batal puasa kerana qaul syafiq melihat pada persetubuhan, bukan pada keluar atau tidak mani tersebut.
Ketiga, keluar darah haid atau nifas oleh golongan sekalian muslimat.
Keempat, keluar mani dengan sengaja sama ada dalam rupa ingatan, rasa, perbuatan (onani) atau penglihatan. Ini bermakna, mimpi sehingga keluar mani tidak membatalkan puasa.
Kelima, gila atau dalam tempoh tidak sedarkan diri. Bagi sekalian mukallaf yang pitam atau pengsan, penulis mensarankan untuk dirujuk kepada Ulama’. Sesungguhnya penulis jahil dalam hal masalah ini. WaLlahu ‘alam.

No comments

Thanks and appreciated with your valuable comments.

Powered by Blogger.